aku tetap aku ~ ακʋ тɛтαρ ακʋ ~




Friday, June 24, 2011

sayang ~

.assalamualaikum.
.
.
Sayang.
Itu cuma perkataan.
Perkataan untuk sedapkan hati.
Hati yang pernah dibunuh berkali-kali.

Sayang.
Itu cuma ayat pendek.
Pendek macam rambut kena potong.
Potong memotong hingga habis nafas.
Nafas mendesah dan hilang terus pergi.
Pergi dari sini.


kalau suka like,tapi kalau rajin cer comment sekali :)

saya rindu ??

.assalamualaikum.
.
.
Saya rindu awak.
Awak rindu saya tak?

Saya rindu banyak benda tentang awak.
Awak, apa yang awak rindu tentang saya?

Saya rindu nak dengar suara awak.
Awak, pernah tak rasa rindu nak dengar suara saya?

Saya rindu mahu lihat awak.
Awak, rasa tak rindu nak lihat saya?

Saya rindu nak berbual dengan awak.
Awak, awak berbual dengan siapa sekarang ni?

Saya mahu lupakan kerinduan saya pada awak.
Awak mesti dah tiada rasa rindu pada saya kan?

Saya rindu awak sebab awak pernah hidup dalam diri saya.
Tapi saya tak pasti awak rasa begitu atau tidak.

Saya rindukan diri saya.
Rindu diri saya sebelum kenal awak.
http://farm1.static.flickr.com/182/390550642_b78dfe5d06.jpg

kalau suka like,tapi kalau rajin cer comment sekali :)

jatuh

.assalamualaikum.
.
.
Kata orang, kalau jatuh, kita sakit.
Mengaduh - berdarah.
Kalau tak banyak, sedikit.

Kata orang, kalau jatuh mesti sakit.
Kalau tak banyak, mesti sedikit.

Kata orang lagi, jatuh atas jalan, boleh bangun semula.
Jatuh dalam hidup, boleh bangkit kembali.
Kalau jatuh cinta?

Jatuh cinta, bangun dengan gembira - lupa sakit, hilang luka.
Jatuh cinta, bangun dengan gembira - ditimpa duka, bernanah jiwa.

Luka yang muncul meninggalkan kesan.
Kesan calar, parut yang entah hilang, entah tidak.
Tapi itu bukan apa-apa.

Luka akan kering.
Parut akan tertinggal.
Kesan akan tetap nampak.

Kita semua pernah terjatuh.
Mungkin ada parut yang tinggal daripada kesan kita terjatuh itu.
Tetapi tahukah kita bahawa parut yang tinggal itu bukan kesan sebagai tanda peringatan betapa sengsara dan sakitnya kita, tetapi ia sebagai peringatan, betapa kuatnya kita melalui dan menghadapi kesakitan pada suatu masa dahulu.

Dan bila jatuh, kita bangun semula.

kalau suka like,tapi kalau rajin cer comment sekali :)

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen