aku tetap aku ~ ακʋ тɛтαρ ακʋ ~: 2011




Tuesday, November 15, 2011

sekeping hati !!



Tuhan menciptakan manusia dengan dua tangan untuk memegang, dua mata untuk melihat, dua kaki untuk berjalan.... 
namun , kenapa kita hanya diciptakan dengan sekeping hati ??? 

 think about it ..........


kerana kita diciptakan untuk mencari sekeping lagi hati pada seorang insan yg telah ditakdirkan untuk kita.... seandainya telah ditemui pasangan hati kita itu.. sayangilah dan cintainya sebagaimana kita menyayangi & mencintai diri sendiri... tanpa sekeping hati tersebut... tak akan lengkaplah kehidupan ..




kalau suka like,tapi kalau rajin cer comment sekali :)

Tuesday, July 26, 2011

terima kasih banyak2 yer awak !!

.assalamualaikum.
Awk terima kasih2 banyak tau sebab awk hati saya terluke,, saya x salah kan awak,sebagai anak kite memang  patut patuh dan akur dengan keputusan mak & ayah kan.. Mungkin memang patut pon kan awk dengar cakap umi & baba awk ,nie semua untuk mase depan awak dengan keluarga awk jugak..  Padan la awk banyak berubah,, awak nasihat saya mcm2 wak,, rupe2 nye ada udang disebalik batu. Terima kasih sebab bagi tahu saya awal2 pasal nie,, kalu awak x bagi tahu saya langsung mungkin  cinta lame saya pada awak berputik kembali hahaha,, itu x mungkin bakal terjadi sekarang ..  2.10.2011 ada lah tarikh keramat untuk awak kan,, memang patot pon awak da melangkah ke alam itu *perkawinan , harap awk x maen2 la dengan perkare nie ok,,  
hmm malas la lagi nk citer banyak2,, lagi banyak aku cerite lagi banyak la air mate aku keluar.. 
k bai.

nie untuk kau sayang !!


kalau suka like,tapi kalau rajin cer comment sekali :)

Sunday, July 24, 2011

TERIMA KASIH

. assalamualaikum.
.
.
terima kasih la sebab kau penah muncul dalam hidup aku satu ketika dahulu, tpi itu hanya sementara je.. Lame kan kau senyap kan dri kau,, tpi sekarang kau muncul balik.. munkin kau mnghilangkan dri sebab salah kau sendiri kan ??  Sekarang kau muncul blik, muncul sebagai kawan rapat aku,, mybe tu yg yg trbaik kot..  :) Kau da bnyak berubah,segala2 nye la yg brubah.. sekarang kau jdi penasihat aku plak kan,, mcm2 kau nsihat kan aku,,
aku trime sgala nsihat2 kau tu ? tpi yg membuat kan aku pelik knpe kau jdi mcm nie skali.. ape yg da trjadi pd dri kau ???  lagi satu yg membuat aku pelik ape yg kau nsihat kan aku skrang,, same mcm yg aku pnah aku nasihat kan  kat kau dlu...  hmm lantak kau la,, kau nk brubah atau tak tu terserah la kt kau ,,tpi ape yg pnting aku happy sangat2 kau da brubah, brubah demi kebaikan..


p/s: tak nak cinta lame berputik kembali :)


kalau suka like,tapi kalau rajin cer comment sekali :)

Friday, July 1, 2011

PERGINYA DIRIMU ~


. assalamualaikum .
.
.

Dulu…
dia pernah hadir dalam hidupku mengisi kekosongan dalam jiwa ku..
dialah tempat aku luahkan isi hati yang bergelora dalam sanubariku….
dialah pembakar semangat aku untuk terus mendaki puncak inspirasi..
dia juga lah yang rela memberi  bahu nya untuk aku sandarkan dikala tangisan menguasai diri…
kini..
dia pergi membawa diri…
mencari kebahagiaan di negeri orang….
Dan hanya iringan doa yang mampu untuk aku kirimkan…
Moga bintang yang dulunya suram kembali bersinar…
Sayang…
Perkataan ini hanya mampu meniti di bibir ku..
Tidak mampu lagi untuk ku simpan di hati ini…
Namun ianya telah terlambat…
Si dia pergi meninggalkan ku..
Bahagia..
Kata orang bahagia itu hanya bersifat fana…
Namun ianya telah banyak mengajar ku erti kehidupan..
Mengajar ku erti kesabaran…
Dan menilai diri nya adalah terbaik untuk ku..
Tapi, semuanya tak berguna lagi…
Dia pergi meninggalkan ku lagi…
Merpati hutan…
Itulah nama samaran si dia…
Dia lah banyak memberi motivasi buat ku survive di bumi Allah ini…
Dia sering kali memberi bahunya untuk aku sandarkan dikala aku kesedihan…
Dia juga mengajar aku erti kepercayaan…
Kepercayaan…
Inilah nilai yang amat penting dalam sesuatu perhubungan…
Dan dia telah memberi aku seluas lautan kepercayaan..
Namun begitu kejam nya aku bila lautan kepercayaan itu telah ku racuni dengan racunyang merbahya…
Hatinya kini remuk dikala aku kegembiraan dalam penyesalan..
Kini nilai kepercayaan nya telah ku robek..
Dibunuh dengan kejamnya…
Aku…
Aku lah penyebab merpati kini bagai awan yang terpilu..
Menunggu masa untuk luahkan isi yang tersimpan rapi…
Membasahi segenap jiwa raga yang dahulu nya kental…
Aku jua lah yang telah meranapkan seluruh mahligai yang telah dibina…
Namun aku tetap aku…
Tidak mampu untuk mengubah apa yang telah berlaku…
Dan hanya mampu berharap ianya di mungkin diulangi…
Akhirnya…
Biarlah takdir yang menentukan…
Menyusun segala cerita di tikar yang di ukir dengan permata…
Andainya aku bukanlah untuk mu…
Haruslah jangan ditangisi..
Insyaallah akan ada penganti diri ku…
Dan kuharap ianya akan membuat matahari kembali bersinar..
Mengukir senyuman bagai mawar kembang penuh…
Dan menyuluh segenap jiwa yang telah terbakar…
Andai aku lah takdir mu….
Akan ku hias taman cinta yang telah dilanda tsunami kecurangan..
Akan ku dirikan taj mahal cinta buat mu..
Seteguh shah jehan kepada mumtaznya…
Dan Akan ku berikan kasih….
Andai  itu yang kau mahu dari ku…
Untukmu merpati hutan…..
janganlah bersedih lagi…..
aku tidak mungkin akan mampu berdepan jika kehilangan mu lagi…
Take care of your self..
untuk menjalani  sisa hidupmu….
Ingatlah ramai yang menyayangi mu….


kalau suka like,tapi kalau rajin cer comment sekali :)

Friday, June 24, 2011

sayang ~

.assalamualaikum.
.
.
Sayang.
Itu cuma perkataan.
Perkataan untuk sedapkan hati.
Hati yang pernah dibunuh berkali-kali.

Sayang.
Itu cuma ayat pendek.
Pendek macam rambut kena potong.
Potong memotong hingga habis nafas.
Nafas mendesah dan hilang terus pergi.
Pergi dari sini.


kalau suka like,tapi kalau rajin cer comment sekali :)

saya rindu ??

.assalamualaikum.
.
.
Saya rindu awak.
Awak rindu saya tak?

Saya rindu banyak benda tentang awak.
Awak, apa yang awak rindu tentang saya?

Saya rindu nak dengar suara awak.
Awak, pernah tak rasa rindu nak dengar suara saya?

Saya rindu mahu lihat awak.
Awak, rasa tak rindu nak lihat saya?

Saya rindu nak berbual dengan awak.
Awak, awak berbual dengan siapa sekarang ni?

Saya mahu lupakan kerinduan saya pada awak.
Awak mesti dah tiada rasa rindu pada saya kan?

Saya rindu awak sebab awak pernah hidup dalam diri saya.
Tapi saya tak pasti awak rasa begitu atau tidak.

Saya rindukan diri saya.
Rindu diri saya sebelum kenal awak.
http://farm1.static.flickr.com/182/390550642_b78dfe5d06.jpg

kalau suka like,tapi kalau rajin cer comment sekali :)

jatuh

.assalamualaikum.
.
.
Kata orang, kalau jatuh, kita sakit.
Mengaduh - berdarah.
Kalau tak banyak, sedikit.

Kata orang, kalau jatuh mesti sakit.
Kalau tak banyak, mesti sedikit.

Kata orang lagi, jatuh atas jalan, boleh bangun semula.
Jatuh dalam hidup, boleh bangkit kembali.
Kalau jatuh cinta?

Jatuh cinta, bangun dengan gembira - lupa sakit, hilang luka.
Jatuh cinta, bangun dengan gembira - ditimpa duka, bernanah jiwa.

Luka yang muncul meninggalkan kesan.
Kesan calar, parut yang entah hilang, entah tidak.
Tapi itu bukan apa-apa.

Luka akan kering.
Parut akan tertinggal.
Kesan akan tetap nampak.

Kita semua pernah terjatuh.
Mungkin ada parut yang tinggal daripada kesan kita terjatuh itu.
Tetapi tahukah kita bahawa parut yang tinggal itu bukan kesan sebagai tanda peringatan betapa sengsara dan sakitnya kita, tetapi ia sebagai peringatan, betapa kuatnya kita melalui dan menghadapi kesakitan pada suatu masa dahulu.

Dan bila jatuh, kita bangun semula.

kalau suka like,tapi kalau rajin cer comment sekali :)

Friday, June 3, 2011

~aku dan dia~


.assalamualaikum.


hye,hye,hye.. lame aku x update blog aku nie.. lagi pon skarang blogspot asyik buat msalah jew, nie pon aku  bru jew lpas dri msalah.. mlm nie nk wt entry jiwang la,, hehe,, 


jom layan jom..
nie apa yg pernah aku lalui sebelom nie..  aku sayang dia, tapi xsemestinya dia sayang aku sebagaimana aku menyayangi dia..aku  rindu dia, tapi xsemestinya dia merindui aku sebagaimana aku  rindu sangat pada dirinya ..aku  jaga segala - galanya tentang diri dia, tapi xsemestinya dia jaga tentang diri aku sebagaimana aku jaga tentang dia sangat2 dari segala aspek yang aku ley jaga ..aku percaya dia sangat2, tapi xsemestinya dia simpan kepercayaan yang aku bagi kat dia sepenuh ati dia ..aku tak kisah kekurangan yang ada pada dirinya coz diri aku lagi x perfect..but bila aku dah cHenta kat dye segala2nya rasa sayang.. tp aku still piki untuk kebaikan diri aku selagi ada ruang untuk dirinya ..itu lah  yang dinamakan_c.I.n.T.a_ . :)

k  bye :)

kalau suka like,tapi kalau rajin cer comment sekali :)

Monday, May 23, 2011

kisah kawan

.assalamualaikum.
.
.
hye,hye,hye jom bce jom hanya sekadar bacaan sahaja..  
.
.


bukan mudah untuk jadi sempurna di mata kawan
takut apa yang kita lakukan akan boleh menjadi lawan
tapi apa yang terjadi antara kita dan dia jdkan pengalaman
kerna kisah kita dan dia semua kenangan

biarlah hati mengalah agar dapat bahagiakan dia
kerna ALLAH tahu apa yang kita rasa
tak guna nak bertikam lidan dan bermasam muka
kerna takut ada hati yang terluka

jiwa sedih ku tiada siapa yang ambil tahu
kerna sebuah cerita kita terus membisu
bukan ini yang kehendak dia dan aku
biarlah semua takdir yang menentu

biarlah aku undur diri
tak perlu ada yang ambil peduli
biar masa memecah sunyi
dan aku pergi takkan kembali

maafkan aku jika ada kesilapan
aku perlu tenangkan hati agar boleh tenang
bahagialah kamu sebagai kawan
sambutlah salam aku penuh kasih dah sayang



" Kawan sejati itu ibarat tangan dan mata,
saat tangan terluka mata menangis
dan saat mata menangis tangan menghapusnya...
Kawan sejati adalah kawan yg ada di saat kita senang dan susah,
kawan yang menolong kita tanpa ragu dan syarat...
Kawan sejati adalah kawan yg tertawa bersama kesenangan
dan menangis bersama penderitaan"



kalau suka like,tapi kalau rajin cer comment sekali :)

Sunday, May 22, 2011

GSC AEON Bandaraya Melaka + GSC Dataran Pahlawan + MCD Ayer Keroh

.assalamualaikum.
.
.
hye,hye,hye,, tulis lagi,, kali nie x jiwang ok.tapi kali nie x nk ckp bnyak la.. tak tahu nk tulis ape aku cume nak postkan gmbar2 jela jela mse aku kluar mngu nie..
.
.
.
cuti hari wesak.. keje aku ??
.
.
nie la
kupon percuma GSC AEON Bandaraya Melaka  so aku x lepas kan peluang la.. 
.
.









nk tngu msok wayang pnye la lme,, pgi jalan2 tesco dlu..

mlm kedua aku keluar.GSC Dataran Pahlawan
.
.















hahahaha,, muke aku x boleh belah la.. sakai siott .. 
.
.
malam ketiga MCD Ayer Keroh
.
.
webcam saje..



banyak lagi gmbar kt sinie,, tpi kt leppy  EYDA.. 
 nie keje aku mngu nie.. kuar dan teros keluar..






kalau suka like,tapi kalau rajin cer comment sekali :)

JANGAN BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA..

.assalamualaikum.
.
.
hye.hye,hye, mlm nie nk jiwang sikit la.. hehehe jom bace jom..
1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu,matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.







kalau suka like,tapi kalau rajin cer comment sekali :)

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen