aku tetap aku ~ ακʋ тɛтαρ ακʋ ~: mencari bahagia yang hilang




Thursday, March 10, 2011

mencari bahagia yang hilang


"bahagia?awak tahu apa erti bahagia?' soal dia pada aku.
aku pandang dia. tErasa kosong.
aku tahu erti bahagia..
aku tahu bahagia itu letaknya pada hati..
bukan pada harta bEnda..
bukan pada paras rupa..
bukan pada sanjungan manusia..
bahagia itu bErbeza mEngikut kEadaan kita..
bila sakit, sihat itu bahagia..
bila lapar, dapat makan yang sEdap-sEdap itu bahagia..
bila bErseorangan, waktu bErsama insan-insan yang tErsayang itulah bahagia..
aku juga tahu bahagia itu dEkat..
dan bahagia itu ada dalam diri sEtiap manusia..
manusia itu sEndirilah yang mEmilih untuk bahagia atau dErita..
aku pun tahu cErita garam dan air dalam cawan atau kolam
garam umpama masalah
cawan atau kolam umpama hati kita
garam yang diletakkan di dalam cawan, air akan terasa masin bila diminum
tapi garam yang diletakkan di dalam kolam, air akan tEtap tErasa tawar
pErumpamaannya..
jika kita mEnjadikan hati kita hanya sEbesar cawan, masalah yang datang akan tErasa sangat pahit
lalu kita akan tErasa sangat lemah..
namun kalau hati kita ibarat sEbesar kolam, kita masih akan mampu tErsenyum, kErana pEdihnya tidak tErasa..
kErana masalah itu bukan hadir untuk mEnyusahkan kita malah mEnjadikan kita manusia yang lebih kuat untuk mEngharungi hidup ini..
aku tahu..
tapi sejauh mana aku mEmahami bahagia itu dan mEmaknakan ia dalam hidup aku..
aku akui ia tak sEmudah mEngucapkan dEngan kata-kata..
dan yang mElihat dan mEndengar juga tidak akan dapat mEmahami apa yang dirasa..
kerana kita punya hati yang bErbeza..
dan aku tahu sangat..
tuhan menguji hambaNya mEngikut kemampuan hambaNya itu..
maka..aku tidak boleh mengeluh..
DIA tahu apa yang aku tidak tahu..
aku tidak mahu kehilangan bahagia..
aku akan terus mEncari..


kalau suka like,tapi kalau rajin cer comment sekali :)

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen