aku tetap aku ~ ακʋ тɛтαρ ακʋ ~: PERGINYA DIRIMU ~

Friday, July 1, 2011

PERGINYA DIRIMU ~


. assalamualaikum .
.
.

Dulu…
dia pernah hadir dalam hidupku mengisi kekosongan dalam jiwa ku..
dialah tempat aku luahkan isi hati yang bergelora dalam sanubariku….
dialah pembakar semangat aku untuk terus mendaki puncak inspirasi..
dia juga lah yang rela memberi  bahu nya untuk aku sandarkan dikala tangisan menguasai diri…
kini..
dia pergi membawa diri…
mencari kebahagiaan di negeri orang….
Dan hanya iringan doa yang mampu untuk aku kirimkan…
Moga bintang yang dulunya suram kembali bersinar…
Sayang…
Perkataan ini hanya mampu meniti di bibir ku..
Tidak mampu lagi untuk ku simpan di hati ini…
Namun ianya telah terlambat…
Si dia pergi meninggalkan ku..
Bahagia..
Kata orang bahagia itu hanya bersifat fana…
Namun ianya telah banyak mengajar ku erti kehidupan..
Mengajar ku erti kesabaran…
Dan menilai diri nya adalah terbaik untuk ku..
Tapi, semuanya tak berguna lagi…
Dia pergi meninggalkan ku lagi…
Merpati hutan…
Itulah nama samaran si dia…
Dia lah banyak memberi motivasi buat ku survive di bumi Allah ini…
Dia sering kali memberi bahunya untuk aku sandarkan dikala aku kesedihan…
Dia juga mengajar aku erti kepercayaan…
Kepercayaan…
Inilah nilai yang amat penting dalam sesuatu perhubungan…
Dan dia telah memberi aku seluas lautan kepercayaan..
Namun begitu kejam nya aku bila lautan kepercayaan itu telah ku racuni dengan racunyang merbahya…
Hatinya kini remuk dikala aku kegembiraan dalam penyesalan..
Kini nilai kepercayaan nya telah ku robek..
Dibunuh dengan kejamnya…
Aku…
Aku lah penyebab merpati kini bagai awan yang terpilu..
Menunggu masa untuk luahkan isi yang tersimpan rapi…
Membasahi segenap jiwa raga yang dahulu nya kental…
Aku jua lah yang telah meranapkan seluruh mahligai yang telah dibina…
Namun aku tetap aku…
Tidak mampu untuk mengubah apa yang telah berlaku…
Dan hanya mampu berharap ianya di mungkin diulangi…
Akhirnya…
Biarlah takdir yang menentukan…
Menyusun segala cerita di tikar yang di ukir dengan permata…
Andainya aku bukanlah untuk mu…
Haruslah jangan ditangisi..
Insyaallah akan ada penganti diri ku…
Dan kuharap ianya akan membuat matahari kembali bersinar..
Mengukir senyuman bagai mawar kembang penuh…
Dan menyuluh segenap jiwa yang telah terbakar…
Andai aku lah takdir mu….
Akan ku hias taman cinta yang telah dilanda tsunami kecurangan..
Akan ku dirikan taj mahal cinta buat mu..
Seteguh shah jehan kepada mumtaznya…
Dan Akan ku berikan kasih….
Andai  itu yang kau mahu dari ku…
Untukmu merpati hutan…..
janganlah bersedih lagi…..
aku tidak mungkin akan mampu berdepan jika kehilangan mu lagi…
Take care of your self..
untuk menjalani  sisa hidupmu….
Ingatlah ramai yang menyayangi mu….


kalau suka like,tapi kalau rajin cer comment sekali :)

2 comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen